photo_2021-07-27_15-40-55.jpg

Soalan Lazim :

1. Kedai kat mana ?

Kedai Emas ANS Jewels berada di Star Avenue Mall, Subang Bestari, Selangor.

••••••••••••••••••••

2. Kedai ANS Jewels dimiliki oleh siapa?

Kedai Emas ANS Jewels dimiliki 100% Melayu Islam.

••••••••••••••••••••••

3. Apa jenis emas yang ada di Kedai Emas ANS Jewels?

Kami menjual barang kemas ketulenan 916.

••••••••••••••••••••••

4. Ada jual cincin silver lelaki tak?

Setakat harini, kami hanya menjual barangan kemas/emas sahaja. Tidak menjual silver.

••••••••••••••••••••••

5. Kami jauh, ada dekat negeri lain, boleh ke beli secara online?


Boleh. Namun begitu, pembelian secara online adalah 100% tanggungan pembeli. Kami tidak dapat bertanggungjawab sekiranya terjadinya kehilangan semasa penghantaran daripada pihak kurier. Namun begitu, kami amat menjaga dan menitikberatkan standard pembungkusan setiap barang. Kami berpengalaman menjual secara online selama 7tahun. Sila hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut. Tidak boleh bagitau secara terperinci di sini atas faktor keselamatan.

••••••••••••••••••••••

6. Boleh ke trade-in atau jual emas rosak/lama dan beli emas baru?

Boleh. Kami beli emas terpakai/lama/rosak. Datang kedai, kami periksa dan nilaikan dahulu emas yang hendak dijual. Sekiranya setuju dengan nilai yang kami sebutkan, boleh teruskan urusan membeli emas baru. Sekiranya ada baki duit, kami pulang. Sekiranya lebih daripada nilai yang disebut, boleh tambah. Sekiranya tak nak beli emas baru, kami serahkan wang tunai on-the-spot.