icon-search
icon-search

Terma & Syarat
Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda dianggap telah membaca dan memahami segala terma dan syarat yang ditetapkan. Kami berhak untuk menyemak terma dan syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada anda. Jangan menggunakan laman web ini sekiranya anda tidak menyetujui semua atau mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini.

Polisi harga dan bayaran
Harga yang dipaparkan adalah seperti yang tertera di laman web ini dan belum termasuk kiraan untuk pengeposan. Harga akan dikemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada harga pasaran emas Malaysia. Selepas anda mengisi perincian untuk pengeposan, harga sebenar akan dipaparkan diruangan jumlah dan anda boleh lakukan urusan bayaran. Bayaran perlu dibuat segera selepas anda membuat pesanan. Sekiranya pesanan yang dibuat tanpa lakukan sebarang bayaran, kami berhak untuk membatalkan pesanan anda dalam tempoh 12jam sahaja.

Polisi pesanan dan penghantaran
Kami hanya melakukan urusan pesanan dan penghantaran hanya dalam negara Malaysia sahaja. Bagi Semenanjung, penghantaran daripada pihak kurier akan mengambil masa 2 hingga ke 14 hari bekerja, bergantung kepada kepantasan pergerakkan kurier di kawasan masing-masing. Manakala bagi Sabah & Sarawak akan mengambil masa 2 hingga ke 21 hari bekerja. Untuk status penghantaran, rujuk maklumat pesanan anda dan butiran penjejakan kurier yang kami berikan kepada anda. Setelah produk yang dipesan dan telah dihantar, pembatalan tidak akan diterima.
**Penghantaran akan mengalami kelewatan sekiranya pihak kurier menerima jumlah penghantaran yang sangat tinggi.

Kami tidak dapat bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakkan produk semasa urusan penghantaran produk daripada pihak kurier. Anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk setiap pesanan yang telah dibuat. Pastikan setiap perincian pengeposan yang diisi seperti Nama, Alamat dan Nombor telefon adalah lengkap dan tepat. Sekiranya berlaku kesalahan daripada perincian maklumat tersebut, kami tidak dapat bertanggungjawab. Anda perlu menghubungi pihak kurier untuk memperbetulkan sekiranya berlaku kesalahan.

Polisi pemulangan dan pengembalian wang
Kami sangat mengutamakan kawalan kualiti di mana produk akan diperiksa secara teliti sebelum proses penghantaran dibuat supaya anda menerima produk kami dalam keadaan yang terbaik. Sekiranya terdapat perbezaan dan kesalahan dalam produk yang anda terima, sila hubungi kami melalui [email protected] atau 018-2352447 untuk arahan selanjutnya. Kami ingin menegaskan bahawa sebarang pemulangan dan pengembalian wang boleh dibuat sekiranya produk yang kami hantar salah dan berbeza daripada pesanan yang anda buat. Segala permintaan pemulangan dan pengembalian wang untuk produk kerana perubahan fikiran tidak akan dilayan.

Polisi keadaan produk
Bagi sesetengah produk akan mengandungi bahan logam lain seperti besi, emas berketulenan lebih rendah daripada 916 atau enamel bagi mengukuh, membentuk atau mencantikkan keadaan produk. Sebagai contoh produk adalah seperti :
Gelang (Bangle) - Ada besi membentuk keadaan produk tersebut.
Rantai Tangan jenis berklip - Ada besi untuk mengetatkan klip bagi rantai tangan tersebut.
Subang jenis katup - Ada emas ketulenan 750 di bahagian subang untuk menguatkan keadaan produk tersebut.
Loket yang berwarna - Ada enamel untuk mencantikkan produk tersebut.

Namun perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana kandungan seperti besi, emas berketulenan lebih rendah daripada 916 atau enamel mempunyai anggaran berat hanya +-0.05gram sahaja.

Polisi perlindungan data peribadi
Segala perincian maklumat dan data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah sulit. Kami tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan maklumat dan data peribadi untuk tujuan yang menyalahi undang-undang. Namun begitu, kami berhak untuk mengguna maklumat dan data peribadi anda untuk tujuan promosi atau pemberitahuan sesuatu tentang produk kami.

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.