icon-search
icon-search
HUKUM MEMBELI EMAS SECARA ANSURAN : HARUS
🙂

AL-KAFI #1817: HUKUM MEMBELI EMAS SECARA ANSURAN

Kami ingin menjawab isu ini kerana kami sendiri terlibat aktiviti penjualan emas ansuran ni. 
Yang baca tajuk saja mesti seram kan.. Huhu


Alhamdulillah. Apa yang saya buat sekarang masih di landasan yang betul dan bukanlah haram hukumnya.


Jom kami jelaskan .


1) Kami menjual secara ansuran, barang terus dapat. Tiada penangguhan untuk terima barang. Melainkan kalau yg berada jauh daripada kedai kami, tiada pilihan lain lagi selain kita gunakan perkhidmatan kurier, sama saja seperti buat belian melalui tunai. Pembeli juga tahu dan bersetuju dengan semua tu. 


2) Tiada keuntungan tambahan lain buat kami. Harga adalah seperti yang tertera. Tiada bertambahan harga lain-lain sekiranya untuk buat ansuran. Jadi, tiada timbul isu riba di sini.


3) Tiada penganiayaan terhadap pembeli. Semuanya jelas, terang dan nyata. Sebagaimana jumlah yang patut mereka bayar, seperti itulah jumlahnya. Beli dan dapat barang. Bukannya ditindas atau ditipu tak dapat barang.


4) Rujuk pada gambar kedua : 
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada PIHAK KETIGA terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai. 

Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada PIHAK YANG SAMA yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”. 
Ini adalah yang saya buat.


Pembeli mendapat limit pembelian daripada Pihak KETIGA.


Setelah pembeli berjaya dalam urusan pinjaman tersebut, maka mereka membeli EMAS dengan kami. Kami peroleh wang tunai sepertimana harga jualan kami. Kami serahkan EMAS yang mereka beli. Dan pembeli membayar sendiri pinjaman hutang mereka.

Pembeli tidak berhutang dengan kami. Sekali lagi kami jelaskan.. Limit pembelian yang diberikan PIHAK KETIGA bukanlah semata-mata boleh beli EMAS di kedai kami. 

Banyak lagi perniagaan lain yang boleh dibeli dan berhutang melalui mereka. Rujuk sendiri ‘Merchant’ yang ada di website mereka.


Jelas ye.. Bukan apa, masyarakat kita suka  baca tajuk saja. Huraian dalamannya tak baca habis, lepas tu terus menghentam keromo. Perkara yang amat kita sedih.. “Kita rakyat Malaysia ni bukan suka sangat baca membaca ni..” (Kita tu termasuk kami la. Tapi yang semua di atas ni kami perlu dan wajib baca sampai habis)


Kami jelaskan seperti apa yang dijelaskan oleh pihak Pejabat Mufti. Sekiranya kami masih berada di jalan yang salah, mohon betulkan, mohon beri teguran. Kami juga manusia biasa. 


Terima kasih. Syukran. 
ANS JEWELS,
Penjual Emas secara tunai
Penjual Emas secara ansuran
Posting asal daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : AL-KAFI #1817: HUKUM MEMBELI EMAS SECARA ANSURAN



247078160_2860697830907784_6003663146762084451_n.jpg

245909740_2860698944241006_4296437414655058402_n.jpg

245950275_2860700057574228_7461806684238976342_n.jpg

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.